Sebuah Perkongsian...

Sebuah Perkongsian...

May 26, 2013

Sebuah perkongsian...

MENANGIS KERANA TAKUT PADA ALLAH SWT....

# Mu’adz r.a. Suatu ketika pernah menangis tersedu-sedu. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuat mu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Kerana Allah ‘azza wa jalla hanya mencabut dua jenis nyawa. Yang satu akan masuk syurga dan satunya akan masuk ke dalam neraka. Sedangkan aku tidak tahu akan termasuk golongan manakah aku di antara kedua golongan itu?”.

# al-Hasan al-Bashri rahimahullah pun pernah menangis, dan ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Aku kuatir esok Allah akan melemparkan diriku ke dalam neraka dan tidak memperdulikanku lagi.”

# Abu Musa al-Asya’ri r.a. suatu ketika memberikan khutbah di Bashrah, dan di dalam khutbahnya dia bercerita tentang neraka. Maka beliau pun menangis sehingga air matanya membasahi mimbar! Dan pada hari itu orang-orang yang mendengar pun menangis dengan tangisan yang amat dalam.

# Abu Hurairah r.a. menangis pada saat sakitnya [menjelang ajal]. Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?!”. Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia yang akan ku tinggalkan ini. Namun, aku menangis karena jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, sementara boleh jadi nanti aku harus mendaki jalan ke syurga atau neraka, dan aku tidak tahu akan ke manakah digiring diriku nanti?”.

# Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah hairan dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan sebuah dosaku, maka aku pun menangis.”

# Rasulullah S.A.W. juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi [1639]

Semoga dgn perkongsian tadi memberi kesan kpd jiwa & akal kita agar kita lebih takut pd Allah, lebih mengharap pd Allah & lebih cintakan Allah.


Follow Us

About Us

eUsahawan Master Trainer Business Coach PeDAS

Our Album